HomeBERITAAhli Parlimen Bertugas Seperti Biasa, Hanya Sidang Digantung

Ahli Parlimen Bertugas Seperti Biasa, Hanya Sidang Digantung - huluselangor.com

KUALA LUMPUR – Kedudukan dan tanggungjawab Ahli Parlimen termasuk aktiviti kaukus serta Jawatankuasa Pilihan Khas masih berjalan seperti biasa walaupun darurat diisytiharkan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, berkata pelaksanaan perintah darurat di seluruh negara yang berkuat kuasa sehingga 1 Ogos ini, bukan bererti Parlimen dibubarkan.

Azhar berkata, hanya proses perundangan Dewan Rakyat tidak dapat dilaksanakan sepanjang tempoh darurat.

Bagaimanapun, katanya, kedudukan dan tanggungjawab semua Ahli Parlimen sebagai wakil rakyat, tetap sama seperti sedia kala dan berterusan kerana persidangan Parlimen sekadar digantung.

“Oleh itu, semua aktiviti kaukus atau kumpulan rentas parti Parlimen dan Jawatankuasa Pilihan Khas yang ditubuhkan masih boleh diteruskan.

“Kecuali aktiviti itu dikekang oleh apa-apa ordinan yang boleh digubal oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengikut kuasa baginda dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – BH Online

HomeBERITAAhli Parlimen Bertugas Seperti Biasa, Hanya Sidang Digantung

Berkaitan

POPULAR