HomeBERITAAdun DAP Kampung Tunku positif Covid-19

Adun DAP Kampung Tunku positif Covid-19 - huluselangor.com

Adun Bukit Tunku, Lim Yi Wei mengesahkan dirinya positif wabak Covid-19, hari ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Lim berkata dia dimaklumkan mengenai perkara itu oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling Jaya hari ini, setelah melakukan ujian saringan kedua pada 2 Oktober lalu.

“Dengan penuh rasa kesal, saya ingin maklumkan bahawa saya telah didapati positif Covid-19.

“sejurus kembali dari Sabah pada 27 September, saya menjalani ujian saringan pertama di KLIA2 dan mengamalkan pengasingan kendiri di rumah.

“Pada 30 September, saya menghubungi PKD Petaling Jaya dan keputusan ujian itu negatif… Malangnya saya mula mengalami gejala berkaitan Covid-19 pada hari tersebut,” katanya sambil menjelaskan PKD kemudian menyarankannya untuk membuat ujian kedua.

Kata Adun DAP itu lagi, pasukannya akan membuat ujian saringan kedua dalam waktu terdekat.

“Pasukan saya mengamalkan pengasingan kendiri sejak hari pertama kembali (dari Sabah). Mereka juga mendapat keputusan ujian saringan pertama yang negatif.

“Saya mohon maaf kepada semua kakitangan Kementerian Kesihatan, sahabat perjuangan dan semua yang terkesan walaupun langkah-berjaga-jaga dipatuhi semasa berkempen dan pengasingan kendiri,” katanya lagi.

Dia juga menggesa individu yang menjadi kontak rapatnya sejak 14 hari lepas untuk membuat ujian saringan.

HomeBERITAAdun DAP Kampung Tunku positif Covid-19

Berkaitan

POPULAR