HomeBERITAAMAdakah kenderaan kecemasan daripada kumpulan sukarelawan dikecualikan membayar toll lebuh raya Malaysia?

Adakah kenderaan kecemasan daripada kumpulan sukarelawan dikecualikan membayar toll lebuh raya Malaysia? - huluselangor.com

Banjir sekelip mata yang melanda sebahagian besar semenanjung Malaysia baru-baru ini telah menyatupadukan rakyat Malaysia. Bantuan tidak putus-putus tiba daripada semua pihak baik daripada kerajaan mahupun persendirian.

Namun baru-baru ini tular di TikTok satu video tentang sekumpulan bomba sukarela daripada Persatuan Kebajikan Komuniti Tanjong Pulau Pinang (PKKT) yang mempertikaikan keperluan mereka untuk membayar tol sewaktu sedang bertugas.

 

@_bombasukarela_ Bomba sukarela sudah tidak perlu bayar tolltarikh 30-12-2021 #malaysia #bombasukarela #penang #kl #selangor #toll #plus #bomba #satumalaysia ♬ 原聲 – Bomba

Dalam video yang berdurasi 32 saat itu, seorang staf plaza tol memberitahu yang hanya kenderaan BOMBA rasmi kerajaan dikecualikan daripada membayar tol. Dia menambah yang pegawai dalam cabang Polis Bantuan pun perlu membayar tol.

Selepas tular, pihak pemegang konsesi lebuh raya, Plus Malaysia Berhad (PLUS) tampil memberikan penjelasan. Menurut mereka, hanya kenderaan rasmi PDRM, BOMBA, dan ambulan yang sedang bertugas sahaja dikecualikan daripada bayaran tol kerana termaktub dalam perjanjian konsesi yang ditandatangani mereka dengan kerajaan.

Kemudian, akaun TikTok sama telah mengutuskan video tentang satu surat rasmi daripada ANIH Berhad, pemegang konsesi Lebuh Raya Karak dan LPT1 yang mengandungi maklumat tentang pengecualian bayaran tol keatas bomba sukarelawan.

Surat yang bertarikh 2019 yang dikongsikan merujuk kepada satu insiden yang sama berlaku di Lebuhraya Pantai (NPE) ke atas Pasukan Bomba Sukarela Taman Sri Serdang.

Original Article

HomeBERITAAMAdakah kenderaan kecemasan daripada kumpulan sukarelawan dikecualikan membayar toll lebuh raya Malaysia?

Berkaitan

POPULAR