Adab Himpunan 812 – Berpesan-pesan pada kebaikan

1
390

1. Peserta perlu hadir dengan niat-niat yang baik, bukan dengan sikap menunjuk-nunjuk, angkuh dan takabbur bila melihat jumlah kehadiran yang ramai. Jangan merasa diri dan jemaahnya hebat kerana ia akan menyuburkan sifat ke akuan@ ananiyah yg boleh mendatangkan murka Allah.

2. Hadirkan rasa kefakiran dan kehambaan diri pada Allah, jangan putuskan asbab dari Zat di sebalik asbab tersebut. Jumlah yang ramai belum tentu mendpt bantuan dan redhoNya jika diyakini kekuatan itu daripada jumlah yang ramai. Allah melihat kualiti insan, bukan kuantiti. Satu wali Allah mampu menumbangkan musuh yang ramai.

3. Penceramah-penceramah perlu kawal emosi, elakkn menfitnah, berdusta, memaki hamun, biadap dan mengeluarkan kata-kata yang kesat, keji dan sia-sua. Perlu dibawa peserta kepada mengingati Allah dan Rasulullah saw, diingatkn tugas kita sebagai khalifah ummah dan amanah serta tanggungjwb membela agama, bangsa dan watan. Namun perlu bersikap adil, bijaksana dan berhikmah supaya tidak mencalar hati golongan-golongan yang tidak bersalah dalam isu ini.

4. Sebaiknya ada sesi solat taubat dan hajat beramai ramai. Tadah tangan beramai ramai ke langit, merayu pertolongan Allah dengan ikhlas, tawadhu, kerana Dia sebaik-baik penolong dan tempat penyerahan.

5. Berakhlak baik antara sesama peserta program yang hadir, bantu yang lemah seperti orang tua, wanita-wanuta hamil, anak-anak kecil, oku. Jangan berebut-rebut, jangan mengkasari, bersabar dengan keadaan yang sesak, jangan buat maksiat, hadirkan rasa persaudaraan ukhwah islamiyyah. Hatta berakhlak baik dengan non muslim yang kebetulan ada di situ. Jika terjumpa barang-barang yang berharga, serahkan kepada pihak berwajib.

6. Banyakknlan berselawat, berzikir dan sesekali jangan tinggalkan urusan solat. Setinggi mana pun ikhtiar akan gagal jika untuk itu, solat ditinggal tinggalkan.

7. Jangan membuang sampah merata-rata, mengotori premis, jangan rosakkan harta awam, gunakan kemudahan dengan rasa tanggungjawab, tinggalkan premis program sebagaimana asal. Jangan menyusahkan penganjur dengan sikap-sikap yang tidak patut.

8. Jangan mencemuh dan merendahkan mereka yang tidak bersama dalam program tersebut. Himpunan 812 adalah satu ikhtiar diantara banyak ikhtiar yang baik untuk pembelaan agama, bangsa dan watan. Dari kalabgan yang tidak hadir, ramai yang beristiqomah dalam mempelbagaikn ikhtiar untuk mendapatkan pertolongan Allah seperti mensyiarkn majlis-majlis ilmu, zikir, program yang bermanfaat, menyantuni asnaf, dakwah, tarbiyah ruhiyyah dan sebagainya.

Himpunan 812 bukan ‘be all and end all effort”, perlu diistiqomahkan usaha membaik pulih dan mengukuhkan jatidiri masyarakat, hatta daripada peringkat akar umbi kerana banyak perkara akar umbi masyarakat kita sudah rosak dan perlu diperbaiki, khususnya dalam membina generasi bertuhan, bertauhid, beradab dan berakhlakul karimah.

Akhir kalam, jgn melupakan jihad akbar iaitu jihad atas diri sendiri, ini paling utama, keraba masyarakat yang telah mampu menguasai diri sendiri akan melahirkan peradaban sejahtera..

Wallahu ‘alam bissawab

Selamat Berhimpun 812. Moga redho Allah bersama usaha yang baik ini. Amiin ya Robbal ‘alamiin.

TSTHO

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.