PNB enggan ulas pelantikan cucu saudara Mahathir sebagai Pengerusi

Kalau Tun Dr Mahathir Mohamad cakap tidak tahu bermakna adalah sesuatu yang berkait dengan beliau dalam pelantikan ini. 😂😂😂😂

Permodalan Nasional Berhad (PNB) enggan mengulas isu pelantikan Jalil Rasheed, presiden dan ketua pegawai eksekutifnya yang baharu.

“Tiada sebarang kenyataan daripada PNB,” kata jurucakap institusi pelaburan itu.

Pelantikan Jalil yang menggantikan Datuk Abdul Rahman Ahmad mengejutkan dan ia menjadi persoalan kerana Jalil lebih berpengalaman di luar negara berbanding di dalam negara.
Jalil, 38,adalah Ketua Pegawai Eksekutif Invesco bagi operasi di Asia Tenggara.

Invesco adalah sebuah firma pelaburan global utama berpangkalan di United Kingdom yang mengurus lebih AS$1.2 trilion dalam pelbagai kelas aset pelaburan di lebih 25
negara.

Semalam, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak tahu menahu mengenai pelantikan Jalil kerana Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Pengerusi PNB tidak memaklumkannya.
BACA sini: Perdana Menteri tidak tahu pelantikan Jalil
https://utusan.com.my/berita/nasional/perdana-menteri-tidak-tahu-pelantikan-jalil-1.962591

“PNB di bawah Zeti. Zeti tidak maklumkan kepada saya pun,” ulas Dr Mahathir ketika ditanya mengenai pelantikan Jalil semalam.
Kenyataan Dr Mahathir telah mencetuskan tanda tanya kerana perdana menteri itu adalah Pengerusi Yayasan Pelaburan Bumiputera (YPB) 28 Ogos tahun lalu.

Malah, ia bercanggah dengan kenyataan PNB pada 28 Ogos lalu yang memaklumkan semua proses kelulusan bagi pelantikan yang diumumkan di peringkat Yayasan Pelaburan Bumiputra  dipengerusikan oleh Perdana Menteri, serta Lembaga Pengarah PNB dan juga pihak badan kawal selia.

Selain Dr Mahathir, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali juga adalah Pengerusi Alternatif YBP manakala Zeti dan Tan Sri Ambrin Buang turut berada dalam komposisi baharu yayasan tersebut.

YBP yang ditubuhkan pada tahun 1978 adalah pemilik PNB.

Kontrak Abdul Rahman dilantik menerajui PNB pada 1 Oktober 2016 menggantikan Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman yang bersara dijangka berakhir pada 30 September depan sebelum jawatan tersebut diserahkan kepada Jalil mulai 1 Oktober.

More From Forest Beat

[VIDEO] ICQS Rantau Panjang sesak, rakyat Thailand, Malaysia pulang sempena Aidiladha

Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang mengalami kesesakan sejak 14 Jun 2024, berikutan orang ramai dari Thailand dan Malaysia mula pulang...
AM
0
minutes

[VIDEO] 2 di tahan cuba seludup 69 ekor lembu dari Thailand

Tentera Darat Malaysia (TDM) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) mematahkan percubaan menyeludup masuk 69 ekor lembu bernilai RM345,000 (S$98,900) dalam operasi yang dijalankan pada...
BERITA
0
minutes

Kompleks Imigresen Padang Besar ‘melimpah’

Suasana di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar mengalami kesesakan luar biasa apabila diserbu warga Thailand yang ingin pulang menyambut Hari...
AM
1
minute

[VIDEO] Polis tembak mati dua lelaki disyaki penjenayah dalam insiden berbalas...

Dua lelaki dipercayai penjenayah ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan dengan polis di Jalan Abad di sini, petang semalam 14 Jun 2024.
BERITA
1
minute
spot_imgspot_img