Empat pekerja pembinaan tertimbus di Pulau Perhentian

0
115

KUALA BESUT – Empat pekerja dipercayai warganegara Myanmar dikhuatiri tertimbus di bawah runtuhan bangunan yang sedang dalam pembinaan di sebuah resort di Pulau Perhentian dekat sini  pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Muhammad Basri Kamarazaman berkata kejadian tersebut juga menyebabkan empat lagi pekerja warganegara Myanmar mengalami kecederaan.

“Pihak bomba menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian tersebut pada 7.34 pagi tadi dan pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Besut telah bergegas ke lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.