Bekas peguam dipenjara rakam video wanita mandi

0
551

Seorang bekas peguam di Singapura dijatuhi hukuman penjara 12 minggu oleh Mahkamah Singapura hari ini selepas mengaku bersalah merakam video seorang wanita yang sedang mandi.

Timbalan Pendakwa Raya, Yvonne Poon, berkata dalam kejadian 23 November 2020, lelaki berusia 32 tahun itu dikatakan memanjat balkoni jirannya untuk merakam video mangsa mandi melalui tingkap tandasnya.

Bagaimanapun, sebelum sempat lelaki itu merakam video, mangsa menyedarinya dan menjerit.

Akibatnya, lelaki itu melarikan diri ke rumahnya tanpa sempat melakukan rakaman.

Mangsa memberitahu suaminya dan mereka bersemuka dengan lelaki terbabit, sebelum suspek meminta maaf dan merayu supaya perkara itu tidak diperbesarkan.

Suami mangsa memeriksa kandungan telefon lelaki itu dan mendapati tiada rakaman lain di dalam telefonnya, namun tetap melaporkan kepada pihak polis.

Berdasarkan siasatan polis, lelaki itu mengakui sudah merakam video mangsa yang sedang mandi sejak beberapa bulan lalu dan kemudian memadamnya.

Tindakan dilakukan itu disebabkan tekanan kerja sepanjang tempoh pandemik COVID-19.

Sementara itu, peguam bela tertuduh, Shashi Nathan, berkata anak guamnya sudah meninggalkan profesion guaman dan kini bekerja di sebuah syarikat swasta.

Nama lelaki itu tidak didedahkan atas sebab tertentu dan kini turut menghadapi dua lagi pertuduhan pencerobohan jenayah dan sedang dipertimbangkan untuk dijatuhkan hukuman. – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.