[VIDEO] Pesakit psikiatri maut jatuh tingkat empat pasar raya

0
273

Alor Setar: Seorang lelaki warga emas yang juga pemegang kad rawatan psikiatri ditemukan maut dipercayai terjatuh dari tingkat empat sebuah pasar raya di bandar raya ini hari ini.

Lelaki berusia 65 tahun itu ditemukan berlumuran darah di ruang legar pasar raya itu akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri berkata, kejadian dipercayai berlaku antara jam 10 hingga 10.30 pagi.

Beliau berkata, hasil maklumat awal mendapati pengawal keselamatan pasar raya terbabit ternampak lelaki berkenaan dalam keadaan mencurigakan di tingkat empat bangunan itu.

“Pengawal keselamatan terbabit cuba membantu tapi tidak sempat apabila lelaki itu terjun.

“Setakat ini siasatan awal polis menjurus kepada mati mengejut tetapi bergantung pada hasil bedah siasat terhadap mayat berkenaan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Superintendan Mohd Naim Asnawi.

Ahmad Shukri berkata, berdasarkan soal siasat terhadap keluarga lelaki itu mempunyai mempunyai kad rawatan psikiatri Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan baru menjalani rawatan susulan di hospital itu pada Isnin lalu.

“Dia yang tidak berkahwin dikatakan sering datang ke lokasi kejadian seorang diri.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik HSB untuk proses bedah siasat,” katanya.


Jika anda berasa tertekan atau ingin membunuh diri, atau mengenali seseorang dalam keadaan ini, sila hubungi talian hotline berikut:
Talian Kasih
Hotline: 15999
The Befrienders
Hotline: 03-76272929
Agape Counselling Centre Malaysia
Hotline: 03-77855955 or 03-77810800
Life Line Association Malaysia
Hotline: 03-42657995
Kementerian Kesihatan dan Mercy Malaysia juga telah menyediakan talian sokongan psiko-sosial untuk petugas barisan hadapan dan lain-lain yang terjejas secara emosi akibat wabak Covid-19.
Talian boleh dihubungi di 014-3223392, 011-63996482, 011-63994236 atau 03-29359935, dari 8 pagi ke 5 petang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.