Kajian sahkan wanita lebih sukakan lelaki kaya

0
355

Satu kajian mendedahkan bahawa wanita sememangnya lebih menyukai lelaki kaya untuk dijadikan pasangan, lapor akhbar The Sun semalam.

Lelaki kaya seperti pengasas Tesla, Elon Musk dengan pendapatan tinggi dan jawatan teratas adalah lebih 3.5 kali ganda mendapat balasan untuk bersembang di aplikasi janji temu berbanding lelaki lain.

Wanita juga lebih mendapat perhatian jika mereka kelihatan kaya dan berpendidikan, namun kesannya lebih kecil berbanding lelaki.

Penyelidik kajian telah mengimbas 1.8 juta profil pada aplikasi janji temu dari 24 buah negara dan menyimpulkan bahawa ia berlaku di seluruh dunia.

“Ramai orang cenderung untuk percaya bahawa ia hanyalah stereotaip. Namun, kami mendapati ia berlaku merentasi semua budaya dalam kajian yang dilakukan sejak 1980-an,” kata seorang pakar psikologi dari Universiti Swansea, Dr. Andrew Thomas.

Kajian yang dilakukan Thomas menilai lelaki berdasarkan pendapatan, pendidikan dan pekerjaan yang disiarkan pada profil serta kaitannya dengan respons yang diterima daripada wanita bujang.

Lelaki yang memiliki tahap tertinggi pendidikan dan kewangan mendapat respons sebanyak 255 peratus berbanding yang terendah. – Agensi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.