[Video] Ustaz Abdul Somad dilarang memasuki Singapura

0
417

SINGAPURA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) Singapura menyatakan bahawa alasan kepada larangan yang dikenakan ke atas penceramah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad daripada memasuki negara itu adalah kerana beliau menyebarkan ‘fahaman ekstremis’, lapor laman berita Republika.

Menurut kementerian tersebut, Ustaz Abdul Somad atau UAS tiba di Terminal Feri Tanah Merah dari Batam bersama enam individu lain, kelmarin.

Selepas ditemu bual oleh pegawai imigresen, rombongan UAS dilarang daripada memasuki republik itu dan kembali ke Indonesia pada hari yang sama.

“Beliau menyebarkan fahaman ekstremis yang tidak dapat diterima masyarakat berbilang kaum dan agama di Singapura,” demikian menurut kenyataan rasmi KDN Singapura semalam.

Tambah kenyataan itu lagi, UAS didakwa pernah membuat kenyataan yang menghina penganut agama lain seperti Kristian dengan menggambarkan salib sebagai tempat tinggal jin kafir.

Kementerian itu turut menegaskan bahawa warga asing yang ingin memasuki Singapura dinilai berdasarkan keadaannya dan bukan secara automatik.

“Ketika Abdul Somad berusaha memasuki Singapura seolah-olah untuk kunjungan sosial, pemerintah memandang serius mengenai siapa pun yang menganjurkan keganasan atau menyokong fahaman ekstremis.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kamaluddin Idrus (@kamaluddinidrus)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.