[Video] Pesawat Tibet Airlines terbakar selepas tergelincir dari landasan

0
323

Lebih 40 penumpang cedera selepas sebuah pesawat Tibet Airlines tergelincir dari landasan dan terbakar sejurus selepas berlepas dari lapangan terbang. Kejadian berlaku di Perbandaran Chongqing barat daya China kira-kira pukul 8 pagi tadi.

Menurut sumber lapangan terbang, penerbangan TV9833 Tibet Airlines itu dijadual berlepas dari Chongqing menuju ke Nyingchi di Tibet, membawa 113 penumpang dan sembilan anak kapal. Anak kapal membatalkan penerbangan selepas mengesan sesuatu yang pelik dalam pesawat Airbus A319 itu.

Pesawat itu terbakar di kiri bahagian hadapan pesawat selepas tergelincir dari landasan. Kesemua yang berada di dalam pesawat telah dipindahkan dan mangsa cedera dihantar ke hospital.

Insiden itu berlaku dua bulan selepas penerbangan China Eastern dalam perjalanan dari Kunming ke Guangzhou terhempas setelah terjunam dari ketinggian 29,000 kaki ke lereng gunung membunuh semua 132 orang penumpang.

@pakdin.my [Video] Pesawat #TibetAirlines #TV9833 ♬ original sound – PakDin.my

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.