Manusia lihat individu yang telah meninggal dunia sebelum temui ajal

0
155
JULIE menceritakan perkara yang disaksikannya ketika melihat pesakit sedang nazak. - TikTok/@hospicenursejulie

WASHINGTON – Seorang jururawat sebuah hospital di Amerika Syarikat (AS) menjelaskan bahawa seseorang yang hampir meninggal dunia sering ‘bertemu semula’ dengan ahli keluarga atau orang tersayang yang telah menemui ajal menerusi fasa ‘penglihatan’ (vision), lapor akhbar Daily Star semalam.

Video mengenai perkara itu dimuat naik oleh Julie, menerusi akaun TikTok bernama @hospicenursejulie.

“Kita semua akan mati, jadi sila dengar. Ini adalah salah satu fakta kegemaran saya mengenai kematian. Tanda sebenar kematian yang kami beritahu kepada semua pesakit dan ahli keluarga mereka adalah sesuatu yang dipanggil ‘vision’.

“Ini bukan sesuatu apa yang kami katakan hanya untuk membuat sentimen berlebihan, tetapi apa yang sebenarnya berlaku.

“Kebiasaannya, kira-kira sebulan hingga beberapa minggu sebelum kematian, pesakit yang sedang nazak akan mula melihat saudara mara, orang tersayang, kawan atau haiwan peliharaan mereka yang telah mati. Mereka dapat dilihat secara fizikal,” kata Julie.

Video itu mendapat lebih lima juta tontonan dan ramai orang turut berkongsi pengalaman serupa di ruangan komen.

“Ibu saya sedang nazak. Saya memberitahunya pada hari-hari terakhirnya, apabila anda melihat nenek, pegang tangannya. Dia menjawab, Saya sudah melihatnya dan menyuruhnya pergi!” tulis seorang netizen.

“Saya hampir mati semasa bersalin dan melihat nenek saya. Dia berdiri di padang pelangi dan berkata dia berada datang untuk bayi saya. Saya terselamat tetapi anak saya tidak,” komen netizen lain. – Agensi

Original Article

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.