Puhaz meterai MoU dengan lapan hotel di Tanah Suci

0
287

IPOH – Jemaah umrah yang me­laksanakan ibadah tersebut melalui Persatuan Pengendali Umrah, Haji dan Ziarah negeri Perak (Puhaz) bakal menikmati pengurusan umrah yang selesa menerusi pakej yang disediakan.

Presiden Puhaz, Mohamad Ali Sabri berkata, perkhidmatan tersebut dapat diberikan menerusi kerjasama yang dimeterai dengan beberapa rakan strategik di Madinah dan Mekah baru-baru ini.

Menurut beliau, pihaknya te­lah berada di sana selama 12 hari untuk membuat tinjauan dan pemeriksaan bagi membolehkan syarikat menetapkan pakej-pakej umrah mengikut dua kategori mampu milik pada semua pe­ringkat masyarakat.

“Kami telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan pihak pengurusan di lapan buah hotel di Tanah Suci yang bertaraf lima dan tiga bintang.

“Kami menitikberatkan nilai wang para jemaah dengan memastikan penginapan yang selesa, makanan dan jarak berdekatan dengan masjid,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Gambar hiasan

Mohamad Ali memberitahu, melalui kerjasama tersebut, pakej Puhaz menawarkan dua ka­tegori iaitu pakej standard pada harga RM8,690 dan pakej ekonomi RM7,690 mengikut pilihan jemaah.

Sebagai tambahan, Puhaz juga akan memperkenalkan pakej pelancongan yang sebelum ini tidak ditawarkan menerusi kerjasama dengan Saudi Tourism Authority (STA).

“STA telah memperkenalkan produk pelancongan termasuk tapak warisan sejarah yang boleh dimuatkan ke dalam pakej kami antaranya Al Balat, Taif dan Carmel di Jeddah,” katanya.

Menurut Mohamad Ali, bagaimana pun, faktor terpen­ting bagi Puhaz adalah memastikan pengurusan dan kebajikan jemaah terjamin sehingga pulang ke tanah air.

“Tujuan kita menyelaraskan harga pakej tetap bagi mengge­lakkan sebarang kekeliruan dan pe­nipuan apabila bakal jemaah berurusan dengan agensi lain.

“Puhaz juga menyediakan perkhidmatan mutawif berpengalaman dan bertauliah dari Malaysia bagi memudahkan komunikasi antara jemaah

“Selain itu, pemantauan tahap kesihatan jemaah selepas pulang ke tanah air terus dilakukan. Ini adalah tanggung jawab kami kepada jemaah,” katanya.

Original Article

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.