2 Polis Didakwa 8 Tuduhan Cabul, Peras Ugut Kekasih

KOTA BHARU – Dua anggota polis didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini dengan lapan pertuduhan mencabul, melakukan peras ugut dan seks oral terhadap pasangan kekasih di Jalan Padang Tembak, Pengkalan Chepa di sini, pada 4 Disember lalu.

Kedua-dua tertuduh, Lans Koperal Mohd Hanafi Mohd Zaki, 35, dan Konstabel Mohammad Izauddin Abd Wahab, 30, didakwa bersama bagi tiga pertuduhan. Mereka turut didakwa dengan kes berasingan, iaitu Mohd Hanafi dengan dua kes, manakala Mohammad Izaudin pula tiga kes.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Berdasarkan pertuduhan bersama pertama, Mohd Hanafi dan Mohammad Izauddin didakwa mengarahkan mangsa lelaki berusia 30 tahun melakukan kelucahan melampau, iaitu supaya menghisap payudara seorang mangsa wanita berusia 30 tahun di kawasan kilang terbiar di lokasi berkenaan antara jam 10.45 malam hingga 12 tengah malam kejadian.

Pertuduhan kedua dan ketiga, kedua-dua tertuduh didakwa mengarahkan mangsa wanita berkenaan menghisap kemaluan mangsa lelaki serta melakukan pemerasan dengan meminta wang RM1,250 sebagai dorongan mangsa tidak dirujuk kepada pejabat Agama di lokasi, tarikh dan masa sama.

Bagi ketiga-tiga pertuduhan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga dua tahun jika disabitkan kesalahan dan Seksyen 384 Kanun Keseksaan dengan penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan jika disabitkan bersalah.

Pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwa Raya Negeri, Nor Azlinawati Mohd Arshad. Kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Mohd Firdaus Zainal Abidin dan Majdah Mohamad.

Sementara itu, dalam dua tuduhan berasingan untuk tertuduh pertama, Mohd Hanafi didakwa mencabul mangsa wanita dan mengarahkan mangsa lelaki menanggalkan pakaian sehingga bogel dengan maksud mengaibkan kehormatan mangsa, antara jam 10.45 malam hingga 12 tengah malam dalam sebuah kereta jenis Honda Civic di lokasi terbabit.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara hingga 10 tahun atau denda atau sebat dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan, iaitu boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Bagi tiga pertuduhan berasingan, tertuduh kedua, Mohammad Izauddin didakwa mencederakan mangsa lelaki dengan menumbuk belakang telinga kiri hingga lebam, mengarahkan mangsa wanita menanggalkan pakaian hingga bogel dengan niat untuk mengaibkan kehormatan serta melakukan persetubuhan luar tabii dengan mangsa wanita.

Kejadian itu dilakukan antara 10.45 malam hingga 12 tengah malam di Jambatan Pak Nik Lah dan tempat letak kereta di sebuah masjid Padang Tembak di sini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara satu tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali serta Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah menawarkan jaminan RM20,000 kepada Mohd Hanafi dan RM30,000 kepada Mohammad Izauddin masing-masing dengan empat penjamin bagi kesemua pertuduhan.

Mahkamah menetapkan 17 Januari sebagai tarikh sebutan semula kes. – BH Online

More From Forest Beat

[VIDEO] ICQS Rantau Panjang sesak, rakyat Thailand, Malaysia pulang sempena Aidiladha

Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang mengalami kesesakan sejak 14 Jun 2024, berikutan orang ramai dari Thailand dan Malaysia mula pulang...
AM
0
minutes

[VIDEO] 2 di tahan cuba seludup 69 ekor lembu dari Thailand

Tentera Darat Malaysia (TDM) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) mematahkan percubaan menyeludup masuk 69 ekor lembu bernilai RM345,000 (S$98,900) dalam operasi yang dijalankan pada...
BERITA
0
minutes

Kompleks Imigresen Padang Besar ‘melimpah’

Suasana di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar mengalami kesesakan luar biasa apabila diserbu warga Thailand yang ingin pulang menyambut Hari...
AM
1
minute

[VIDEO] Polis tembak mati dua lelaki disyaki penjenayah dalam insiden berbalas...

Dua lelaki dipercayai penjenayah ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan dengan polis di Jalan Abad di sini, petang semalam 14 Jun 2024.
BERITA
1
minute
spot_imgspot_img