POLIS NAFI KES CULIK MURID DI SERENDAH HULU SELANGOR

1
211

HULU SELANGOR: Polis menafikan maklumat kononnya berlaku cubaan menculik seorang murid perempuan tahun satu oleh dua lelaki di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Serendah seperti yang ditular dalam laman sosial.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden R. Supramaniam berkata, hasil siasatan mendapati ia adalah satu kekeliruan mangsa kerana dia baru bersekolah di sekolah aliran Cina.

“Kita juga telah menjalankan siasatan terhadap guru besar sekolah dan mengesahkan kejadian itu tidak berlaku sebaliknya hanyalah salah faham pengadu.

“Anak pengadu sebenarnya sangat manja dan hanya menangis kerana menunggu kehadiran ayahnya yang lewat untuk ambilnya dari sekolah,” katanya di sini hari ini.

Pengguna lama sosial gempar selepas mendapat berita kononnya mangsa diculik oleh dua lelaki berhampiran sekolah berkenaan kira-kira pukul 1.30 petang semalam.

Sehubungan itu, Supramaniam menasihatkan orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya menularkan kes-kes seperti ini yang boleh mendatangkan kegusaran kepada ibu bapa dan pihak sekolah.

Malah beliau menggesa ibu bapa supaya lebih peka dan prihatin terhadap keselamatan anak-anak mereka dan menghubungi polis sekiranya ingin melaporkan sesuatu kejadian.

“Kita juga sebenarnya telah menjalankan langkah proaktif dengan menempatkan pegawai polis atau Pegawai Seranta Sekolah yang berperanan untuk melakukan lawatan berkala ke sekolah dan berkongsi maklumat dengan guru di situ,” jelasnya.

20170106-culik-serendah-palsu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.