[Video] Ucapan dasar Presiden PAU 2020: Umno putuskan tiada ‘Anwar, DAP, Bersatu’ hadapi PRU15

0
476

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyampaikan ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung UMNO 2020 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur yang memasuki hari kedua persidangan.

Dalam ucapannya, Ahmad Zahid menyentuh pelbagai isu berkaitan suasana politik dan ekonomi negara, selain hubungan kerjasama dengan parti-parti lain dan menggariskan hala tuju UMNO di masa depan.

Berikut ialah teks ucapan penuh beliau yang dipetik di laman web UMNO Online:

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Yang Berbahagia Tan Sri Pengerusi Tetap
dan Timbalan Pengerusi Tetap
Timbalan Presiden UMNO
Naib-Naib Presiden UMNO
Presiden MCA
Presiden MIC
Presiden PBRS
Presiden PAS
Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO
Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional
Ketua Wanita UMNO dan saf kepimpinannya
Ketua Pergerakan Pemuda dan saf kepimpinannya
Ketua Pergerakan Puteri dan saf kepimpinannya
Setiausaha Agung UMNO
Bendahari Agung UMNO
Ketua Penerangan UMNO
Ahli-Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO
Barisan kepimpinan parti-parti komponen Barisan Nasional
Parti-Parti Bersekutu dalam Barisan Nasional.

Sidang Perwakilan Yang Dihormati Sekalian di dalam dan di luar dewan, serta perwakilan-perwakilan secara maya di Bahagian-Bahagian seluruh negara.

Layarnya jangan bekah,
Tiangnya jangan patah,
Dindingnya jangan rebah,
Biarpun pendayungnya ada yang berubah,
Bahtera ini terus belayar megah.

Sidang perwakilan sekalian,

Baru-baru ini, Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan mengenai kebenaran penggunaan Kalimah Allah oleh bukan Islam. Keputusan tersebut amat menyentuh perasaan umat Islam negara ini.

Namun, pada hemat saya keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Iki Putra Mubarak memberi implikasi jauh lebih mendasar. Keputusan tersebut berpotensi untuk membatalkan banyak lagi peruntukan jenayah Syariah yang ada kini. Malah boleh melumpuhkan sistem undang-undang jenayah Syariah di Malaysia. Keputusan ini juga boleh menggugat kuasa negeri-negeri untuk menggubal dan menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah.

Pandangan saya, dua keputusan mahkamah ini menyentuh Perlembagaan Negara kita. Mungkin kita perlu pinda Perlembagaan Persekutuan untuk memastikan Undang-undang Syariah Islam lebih kukuh dalam sistem perundangan negara kita.

UMNO secara tradisinya adalah tempat rakyat mengadu. UMNO is for the rakyat to seek solace. Inilah DNA UMNO.

UMNO ini sebuah parti keramat, malangnya ia dijatuhkan melalui fitnah. Akhirnya kerajaan yang dibina oleh pemfitnah itu terjatuh juga dengan sendirinya.

Sidang Perwakilan Sekalian

“Jika berkeluarga ada induknya,
Jika berjemaah ada imamnya,
Jika berparti ada nakhodanya”.

Walau ada orang mengatakan saya menggunakan kuasa veto, itu hanya satu tuduhan melulu. Perlembagaan UMNO tidak ada peruntukan untuk kuasa veto. Semua keputusan yang dibuat adalah secara jamai’e (collective). Ini adalah keputusan Majlis Kerja Tertinggi. Apa yang telah diputuskan adalah muktamad.
Sidang perwakilan sekalian,
REALITI UMNO

Sidang Perwakilan Yang Dihormati Sekalian

Jauh lebih besar daripada itu, rakyat dan negara sedang dibawa menuju kehancuran. Ini selaras dengan hadis Nabi Muhammad SAW,
Yang bermaksud, “Tidak boleh dimudaratkan dan tidak boleh memudaratkan orang lain,” dalam erti kata lain sudahlah parti kita dimudaratkan, jangan pula rakyat dan negara ini turut dimudaratkan. Maka ijtihad (reasoning) kita memutuskan hubungan dengan PPBM adalah selari dengan tuntutan kaedah fiqh yang bersandarkan hadis tersebut.
UMNO STABIL, NEGARA STABIL

Sidang Perwakilan sekalian

MUAFAKAT NASIONAL

Sidang perwakilan sekalian

RESET POLITIK

Saudara dan Saudari Sidang Perwakilan sekalian,

Kita ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan komponen Barisan Nasional, MCA, MIC yang setia bersama UMNO sejak 65 tahun lalu, dan juga PBRS. Kita mengharungi susah senang, jatuh dan bangun bersama.

Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan sokongan walau saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan.
EKONOMI PATRIOTISME

Sidang perwakilan sekalian

Sidang Perwakilan Yang dihormati

Sidang perwakilan sekalian

Sidang Perwakilan Sekalian

MOVING FORWARD

UMNO hari ini diasak dari luar dan tidak kurang dari dalam. Sesungguhnya, UMNO tidak boleh untuk tidak berpadu. Perpaduan merupakan asas kepada keteguhan semua organisasi politik. UMNO tidak terkecuali dan wajib merapatkan saf di kalangan pimpinannya.

As-Saf 4: Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berjuang untuk membela agama-Nya dalam barisan yang tersusun rapi seumpama mereka satu bangunan yang kukuh.”

Perlu saya tegaskan pendirian kita dalam menghadapi PRU-15;

Kita tetap dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi ….. NO PPBM, NO ANWAR, NO DAP. Tidak ada perbincangan dengan mana-mana parti tersebut sama ada secara rasmi atau tidak rasmi. Kita tetap akan bertanding menggunakan panji-panji Barisan Nasional.

UMNO … tidak akan menoleh ke belakang.

UMNO … mesti kekal relevan.

UMNO … mesti terus dominan.

Dan …

UMNO … terus mara.

Kepada Allah SWT kita berserah.

UCAPAN DASAR PRESIDEN
YB DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID HAMIDI
PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2020
28 MAC 2021
DEWAN MERDEKA PWTC KUALA LUMPUR