PRN Sabah: Bung Moktar akui, kecewa dengan prestasi BN

0
1658

KOTA KINABALU – Barisan Nasional (BN) Sabah mengakui kecewa dengan prestasi parti itu di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu.

Pengerusinya, Datuk Seri Bung Moktar Radin melalui satu kenyataan yang dihantar kepada SuaraTV berkata, redha dengan keputusan tersebut.

“Walaupun saya selaku Ketua Umno Sabah tidak berapa genbira dengan kemenangan yang BN menangi, tetapi saya redha dan terima ketentuan Allah dengan hanya 14 kerusi saja yang kita menangi di sebabkan beberapa faktor yang kita semua fahami.

“Saya juga ingin memaklumkan berkenaan jawatan Ketua Menteri, UMNO Sabah telah menghantar cadangan nama kepada TYT Sabah semalam, tetapi memandangkan BN hanya menang 14 Kerusi manakala PN+ menang 23 kerusi (maka) pihak kita terpaksa menghormati demokrasi parti yang menang banyak kerusi perlu menjadi Ketua Menteri,” katanya.

Menurut Ahli Parlimen Kinabatangan itu juga, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO Sabah turut meminta parti itu untuk kekal di dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi membentuk kerajaan negeri bersama Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

“Saya juga ingin memaklumkan, semua Adun BN (telah) meminta pada saya untuk menjadi kerajaan dan mereka tidak sanggup (untuk) jadi pembangkang.

“Saya selaku Ketua UMNO Sabah terpaksa menghormati permintaan mereka,” katanya lagi.

Diakhirnya kenyataannya Bung turut menggesa kempinan UMNO di peringkat Negeri dan Bahagian agar terus bersama parti dengan tidak menyalahkan sesiapa di atas keputusan tersebut.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Presiden yang telah bertungkus lumus dari awal kempen.

“Serta sentiasa berkomunikasi dengan saya dan Naib-Naib Presiden dan serta SUA-SUA disini yang menyokong saya untuk menjadi Ketua Menteri Sabah sehingga saat-saat akhir, tetapi saya terpaksa terima keputusan ini atas permintaan UMNO Sabah.

“Saya harap rakan-rakan semua tidak menyalahkan Presiden atau mana-mana pihak diatas perkara yang berlaku. Saya mengambil tanggung jawab atas apa yang berlaku di Sabah.

“UMNO Sabah tidak akan kemana tanpa bantuan Presiden dan rakan-rakan yang lain dan marilah kita bersama-sama fokus (kepada) PRU 15 yang sudah hampir,” tegasnya pula.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.