7 Sunnah Hari Raya

0
704

7 Sunnah Hari Raya

1. Mandi

Dari Ali bin Abi Thalib رضي الله عنه, seseorang pernah bertanya pada Ali mengenai mandi.

Ali menjawab, “Mandilah setiap hari jika kamu mahu.”

Orang tadi berkata, “Bukan. Maksudku, manakah mandi yang dianjurkan?”

Ali menjawab, “Mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Idul Adha dan Idul Fitri.” [HR. Al-Baihaqi, 3: 278. Syaikh Al-Albani mengatakan bahawa sanad hadis ini sahih. Lihat Al-Irwa’, 1: 177].

2. Berhias Diri, Pakai Pakaian Terbaik Bagi Lelaki

Ada juga riwayat dari Jabir رضي الله عنه, dia berkata,

كَانَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جُبَّةٌ يَلْبَسُهَا لِلْعِيْدَيْنِ وَيَوْمِ الجُمُعَةِ

“Nabi ﷺ memiliki jubah khusus yang beliau gunakan untuk Idul Fitri dan Idul Adha, juga untuk digunakan pada hari Jumaat.” [HR. Ibnu Khuzaimah dalam kitab sahihnya, 1765].

Wanita berhias untuk suaminya. Bukan untuk tontonan umum.

3. Makan Sebelum Solat Aidil Fitri / Aidil Adha

Dari Abdullah bin Buraidah, dari ayahnya, dia berkata,

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- لاَ يَغْدُو يَوْمَ الْفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ وَلاَ يَأْكُلُ يَوْمَ الأَضْحَى حَتَّى يَرْجِعَ فَيَأْكُلَ مِنْ أُضْحِيَّتِهِ

“Rasulullah ﷺ biasa berangkat solat ied pada hari Idul Fitri dan sebelumnya beliau makan terlebih dahulu. Sedangkan pada hari Idul Adha, beliau tidak makan lebih dulu kecuali setelah pulang dari solat ied baru beliau menyantap hasil qurbannya.” [HR. Ahmad 5: 352. Syaikh Syu’aib  Al-Arnauth mengatakan bahawa hadis ini hasan].

Aidil Fitri – makan dulu sebelum solat raya.
Aidil Adha – solat raya dulu lepas tu baru makan.

4. Bertakbir Dari Rumah Menuju Tempat Solat

Dalam suatu riwayat disebutkan,

كَانَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْرُجُ يَوْمَ الفِطْرِ فَيُكَبِّرُ حَتَّى يَأْتِيَ المصَلَّى وَحَتَّى يَقْضِيَ الصَّلاَةَ فَإِذَا قَضَى الصَّلاَةَ ؛ قَطَعَ التَّكْبِيْرَ

“Nabi ﷺ biasa keluar hendak solat pada hari raya Idul Fitri sambil bertakbir sampai di lapangan dan sampai solat hendak dilaksanakan. Ketika solat hendak dilaksanakan, beliau berhenti dari bertakbir.” [Dikeluarkan oleh Ibnu Abi Syaibah dalam Al-Mushannaf 2/1/2. Lihat Silsilah Al-Ahadits Ash-Shahihah, no. 171. Syaikh Al Albani mengatakan riwayat ini sahih].

Takbir yang diucapkan sebagaimana dikeluarkan oleh Sa’id bin Manshur dan Ibnu Abi Syaibah, bahawasanya Ibnu Mas’ud bertakbir,

اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الحَمْدُ

Allahu akbar, Allahu akbar, laa ilaaha illallah wallahu akbar. Allahu akbar walillahil hamd.

Maksud: Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, tidak ada sesembahan yang berhak disembah selain Allah dan Allah Maha Besar. Allah Maha Besar, segala puji bagi-Nya.

Lafaz takbir “Allahu Akbar” di atas disebut sebanyak dua kali, namun di dalam riwayat Ibnu Abi Syaibah dengan sanad yang sama disebut tiga kali takbir. [Lihat Fatwa Al-Islam Sual wa Jawab, no. 36442, https://islamqa.info/ar/36442].

Maksudnya dibolehkan sekiranya mahu bertakbir dua atau tiga kali.

Syaikhul Islam menerangkan bahawa jika seseorang mengucapkan “Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar”, itu juga dibolehkan. [Majmu’ah Al-Fatawa, 24: 220].

Bertakbir disyariatkan dilakukan oleh setiap orang dengan menjaharkan (menguatkan) bacaan. Ini berdasarkan kesepakatan empat ulama mazhab. [Majmu’ah Al-Fatawa, 24: 220].

5. Mengucapkan Selamat / Tahniah

فعن جُبَيْرِ بْنِ نُفَيْرٍ قَالَ : كَانَ أَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا اِلْتَقَوْا يَوْمَ الْعِيدِ يَقُولُ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ : تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْك

Dari Jubair bin Nufair, dia berkata bahawa jika para sahabat Rasulullah ﷺ berjumpa dengan hari ied (aidil fitri dan aidil adha, -pent), satu sama lain saling mengucapkan,

“Taqabbalallahu minna wa minka”

(Maksud: Semoga Allah menerima amalku dan amal kalian)

[Fath Al-Bari, 2: 446, Al Hafizh Ibnu Hajar mengatakan bahawa sanad hadis ini hasan].

Ucapan selamat ini biasa diucapkan oleh para salaf *setelah solat ied.* Namun tiada masalah jika diucapkan sebelum solat ied. [Fatwa Islam Web 187457, http://fatwa.islamweb.net/fatwa/index.php?page=showfatwa&Option=FatwaId&Id=187457].

6. Solat Aidil Fitri / Aidil Adha

Solat sebagaimana yang dicontohkan Nabi ﷺ.

7. Pergi Dan Pulang Dengan Jalan Berbeza

عَنْ جَابِرٍ قَالَ كَانَ النَّبِىُّ – صلى الله عليه وسلم – إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيدٍ خَالَفَ الطَّرِيقَ

Dari Jabir رضي الله عنه, dia berkata bahawa Nabi ﷺ ketika berada di hari ied (ingin pergi ke tempat solat, -pent.), beliau membezakan jalan antara pergi dan pulang. [HR. Bukhari, no. 986].

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.