[Video] Kita Tak Akan Bagi Satu Kerusi Pun Pada PPBM Kata MT UMNO

0
1141

TANJUNG MALIM – Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, memutuskan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana kerusi telah dimenangi di dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang lalu.

Ahli MKT, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata keputusan tersebut telah diputuskan sebulat suara di dalam mesyuarat parti itu yang lalu.

“Itu yang sepatutnya, mana-mana kerusi yang di menangi oleh BN/UMNO kita akan ambil balik dan ini merupakan keputusan MT dan bukan keputusan Presiden seorang.

“MT UMNO telah membuat keputusan, walaupun hari ni mereka telah melompat (menyertai PPBM) namun ia tetap kerusi BN/UMNO.

“Kita akan ambil balik, satu kerusi pun kita tidak akan bagi. Kalau PPBM nak mereka boleh bertanding di kerusi lain contohnya kawasan PPBM BlackOut, katanya.

Zahidi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid pada Ahad berkata, parti itu akan mempertahankan semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi oleh BN/UMNO dalam pilihan raya yang lalu.

Seterusnya Zahid berkata parti itu turut memutuskan akan bertanding di semua kerusi yang didominasi oleh BN/UMNO berdasarkan undi yang diperolehi.

“Selain itu MT turut memutuskan mana-mana kerusi yang kalah namun UMNO/BN mendapat undi yang tinggi akan turut di ambil kembali.

“MT turut berbincang untuk memberi laluan untuk mana-mana kerusi yang akan ditandinggi oleh pemimpin tertinggi PAS,” jelasnya lagi. – SuaraTV