Suka buat isyarat ‘peace’? Awas data peribadi berisiko digodam

0
372
Penggodam tidak memerlukan teknologi yang hebat untuk mendapatkan cap jari selagi gambar yang diambil itu terang dan jelas | pakdin.my

Polis menasihati orang ramai supaya berhenti menunjukkan isyarat “peace” ketika bergambar kerana perbuatan itu boleh mengakibatkan maklumat peribadi dicuri pengodam.

Memetik kajian National Institute of Informatics (NII) di Jepun, polis melalui Facebook hari ini berkata cap jari tangan seseorang boleh “dicipta semula” berdasarkan foto dari jarak tiga meter.

“Penggodam tidak memerlukan teknologi yang hebat untuk mendapatkan cap jari selagi gambar yang diambil itu terang dan jelas,” tulis pentadbir media sosial pihak berkuasa itu.

“Apabila berjaya diperoleh, penggodam boleh mengakses maklumat sulit dan peribadi seseorang melalui telefon pintar atau tablet dengan mudah,” kata hantaran itu sambil mengingatkan pengguna supata berhati-hati.

Oktober lalu, Pos Malaysia digodam ketika sedang menjalankan tugas mengemas kini dan menaik taraf sistem mereka. Ekoran itu, mereka terpaksa menutup perkhidmatan atas talian kerana khuatir maklumat sulit mereka diambil.

Pada 14 November lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo mendedahkan seramai 12 individu sudah dikenakan tindakan melibatkan kes kecurian data peribadi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.