HomeBERITAAM85 peratus rakyat Selangor lengkap vaksin

85 peratus rakyat Selangor lengkap vaksin - huluselangor.com

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa sukacita apabila 85 peratus rakyat negeri ini sudah divaksin sepenuhnya.

Perasaan itu dizahirkan baginda selepas berkenan menerima menghadap Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin di Istana Bukit Kayangan di sini, hari ini.

Menerusi kenyataan Facebook (FB) Selangor Royal Office, Sultan Sharafuddin diberi taklimat mengenai perkembangan terkini penularan wabak Covid-19 terutama di negeri ini.

“Baginda sukacita apabila dimaklumkan bahawa peratusan rakyat Selangor yang telah divaksin sepenuhnya kini mencecah 85 peratus.

“Pada pertemuan itu, YB (Yang Berhormat) Khairy turut menyampaikan laporan terkini mengenai isu antivaksin dan tindakan yang sedang diambil pihak kementerian,” kata kenyataan itu.

HomeBERITAAM85 peratus rakyat Selangor lengkap vaksin

Berkaitan

POPULAR