500 nelayan asing di Kelantan terima vaksin

0
338
500-nelayan-asing-di-kelantan-terima-vaksin

PASIR PUTEH – Kira-kira 500 orang nelayan asing yang bekerja di atas bot nelayan tempatan di negeri ini menerima suntikan vaksin menerusi Program Vaksin Barisan Hadapan Industri Agromakanan (AiVAC) di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani,Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar negeri, Tuan Mohd. Saripudin Tuan Ismail berkata, nelayan-nelayan dari Thailand dan Kemboja itu disahkan memiliki pasport, buku pelaut selain berdaftar dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) atau Jabatan Perikanan Negeri Kelantan sebelum menerima suntikan.

Menurutnya, mereka dibawa dari jeti pendaratan ikan LIKM Tok Bali dan tempat pengusaha bot tempatan berlabuh ke lokasi AiVAC bermula pukul 9 pagi.

“Program itu juga meliputi kumpulan sasaran yang tinggal di daerah berdekatan seperti dari Bachok dan Kota Bharu yang terlibat dengan sektor perikanan seperti awak-awak bot, pengusaha bot, peniaga ikan serta usahawan produk perikanan bermula hari ini hingga lusa.

“Nelayan asing menerima suntikan vaksin di Pusat Khidmat ADUN Semerak manakala penduduk setempat dan warganegara mendapat suntikan di pekarangan Masjid At-Taqwa di sini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Hadir sama, ADUN Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim, Pengarah LKIM Kelantan, Khuzaimah Husain dan Pengarah Perikanan Kelantan, Nazri Ishak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.