37 pendaki Gunung Liang dekat Berang yang terkandas, selamat dibawa turun

35
0

TANJUNG MALIM – Seramai 37 pendaki yang terkandas di Tumang Batak, Sungai Dara akibat arus deras ketika turun dari Gunung Liang di Behrang semalam berjaya dibawa turun dengan selamat.

Kesemua mereka termasuk 12 wanita dibawa turun oleh pasukan mencari dan menyelamat yang memulakan operasi pada pukul 6.15 petang dan berakhir 11.55 malam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, kesemua mangsa terperangkap ketika ingin menyeberang sungai tersebut namun terkandas akibat arus deras.

Katanya, bagi menyelamatkan mangsa anggota menggunakan laluan mendaki sejauh empat kilometer untuk ke tempat mereka berada.

“Anggota menggunakan tali sebagai keselamatan dan alat pengapungan peribadi (PFD)¬†untuk menyeberangi sungai bagi membawa kesemua mangsa.

“Kesemua mereka berjaya dibawa turun ke kaki bukit dengan selamat dan telah diberikan rawatan awal. Operasi tamat pada pukul 11.55 malam,” katanya.