HomeBERITA24 individu ceroboh hutan simpan kekal Batang Kali ditahan

24 individu ceroboh hutan simpan kekal Batang Kali ditahan - huluselangor.com

Tindakan 24 individu menceroboh Hutan Simpan Batang Kali tanpa kebenaran dan permit memasuki hutan simpanan kekal membawa padah apabila kesemua mereka ditahan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) hari ini.

Pengarah Perhutanan Negeri Selangor, Datuk Ahmad Fadzil Abdul Majid berkata, kesemua 24 individu berkenaan telah mula berkumpul di sebuah kem di Hulu Tamu, Batang Kali sejak petang semalam bagi menjalankan aktiviti Survival Gua Prong, Hulu Tamu.

“Kesemua individu berusia 20 hingga 40-an itu ditahan kira-kira pukul 2 petang dan telah dibawa Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kubu Bharu untuk diambil keterangan.

“Kes ini akan disiasat di bawah peruntukan subseksyen 47(1), Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

HomeBERITA24 individu ceroboh hutan simpan kekal Batang Kali ditahan

Berkaitan

POPULAR