HomeBERITA20,838 Mangsa Banjir, 2 Kematian

20,838 Mangsa Banjir, 2 Kematian - huluselangor.com

PUTRAJAYA – Seramai 20,838 mangsa banjir daripada 5,642 keluarga kini berlindung di 272 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di enam negeri setakat 8 pagi, hari ini.

Ketua Komunikasi Korporat Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Datin Nur Daliza Dohat berkata, Pahang mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 13,218 orang daripada 3,603 keluarga, malah 10 daerah di negeri itu terjejas akibat banjir.

Katanya, daerah teruk terjejas adalah Jerantut, Maran, Lipis, Temerloh, Kuantan dan Raub.

“Mangsa di Johor juga meningkat dengan seramai 5,484 mangsa daripada 1,408 keluarga dari tujuh daerah, terutama Kota Tinggi.

“Bilangan mangsa di Terengganu pula tidak berubah setakat 8 pagi iaitu membabitkan 1,062 daripada 342 keluarga,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Perak menunjukkan penurunan mangsa banjir dengan 812 daripada 217 keluarga yang masih berada di PPS, sementara mangsa di Kelantan tidak berubah iaitu 78 daripada 18 keluarga.

Katanya, mangsa banjir yang menetap di PPS di Selangor meningkat kepada 184 mangsa daripada 56 keluarga.

Menurutnya, setakat 8 pagi, pihak berkuasa mencatatkan dua kematian akibat banjir, yang membabitkan seorang wanita dewasa di Kluang dan seorang lelaki dewasa di Jerantut.

Sementara itu, sebanyak 107 jalan di lima negeri terjejas banjir ditutup, antaranya akibat ditenggelami air, mendap dan tanah atau cerun runtuh. – myMetro Online

HomeBERITA20,838 Mangsa Banjir, 2 Kematian

Berkaitan

POPULAR