2 warga emas maut berebut kupon makanan percuma

3
241

DUA warga emas maut semasa orang ramai berpusu-pusu untuk mendapatkan kupon makanan percuma di pasar ICC Pudu di Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah berkata, mereka menerima maklumat mengenai dua individu meninggal dunia, manakala beberapa lagi rebah di pasar itu pada kira-kira pukul 1.58 petang Isnin.

“Kita menghantar pasukan ke lokasi kejadian dan menemui dua individu tidak bergerak di lantai.

“Pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah,” katanya.

Beliau menambah, siasatan lanjut mendapati terdapat program kupon makanan kepada warga emas di lokasi kejadian dari pukul 11 pagi hingga 1 petang.

“Penganjur menyediakan 200 kupon tetapi lebih seribu orang yang hadir.

“Dua mayat wanita dikenal pasti Ah Poh, 85, dan Law Ion Nang, 78.

“Kita percaya mereka mengalami kesukaran bernafas dalam keadaan yang sesak itu,” katanya, sambil menambah mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.