1MDB-IPIC: Kerajaan kata kononnya 1MDB berhutang dengan IPIC – Sebenarnya IPIC yang berhutang

4
314

Semalam, kerajaan umumkan bahawa mereka telah memfailkan untuk tindakan membatalkan perjanjian penyelesaian April 2017 antara IPIC dan 1MDB dan berkata mereka tidak akan membayar US$5.78 bilion yang perlu dibayar 1MDB kepada IPIC.

Sebagai reaksi kepada kenyataan kerajaan Malaysia itu, IPIC mengeluarkan satu kenyataan menyatakan bahawa 1MDB tidak berhutang apa apa wang kepada IPIC yang secara jelas bertentangan dengan kenyataan kerajaan Pakatan Harapan.

Siapa betul, siapa salah? Secara logik, takkan pihak yang kata kononnya 1MDB ada hutang berbilion-bilion dengan mereka tiba-tiba berkata sebenarnya 1MDB tiada hutang apa apa pada mereka?

Malah, IPIC adalah syarikat yang sepatutnya berhutang kepada 1MDB dan perlu dibayar kepada 1MDB menjelang 30 Disember 2020. Perjanjian penyelesaian itu adalah bagi meleraikan isu 1MDB agar setiap sen milik 1MDB dapat diperolehi semula.

Sebab itu, saya telah meminta sekurang-kurangnya 5 kali, menggesa kerajaan untuk mendedahkan perjanjian penyelesaian 2015 dan 2017 antara IPIC dan 1MDB bagi membuktikan bahawa saya sentiasa mengutamakan kepentingan negara dan sentiasa dapat dilindungi.

Bagaimanapun, pihak kerajaan tidak menghiraukan gesaan berulangkali ini dalam memastikan rakyat tahu fakta sebenar.

Ada yang bertanya mengapa saya tidak mendedahkan ataupun mengulas mengenai penyelesaian ini pada masa lalu.

Ini kerana bukan mudah untuk membuat dakwaan ketika anda menjawat jawatan Perdana Menteri apatah lagi ia melibatkan kerajaan negara asing.

Saya berpendirian bahawa kerajaan kita tidak seharusnya senang untuk cari gaduh dengan negara lain dan saya lebih memilih untuk mencari jalan penyelesaian secara baik dan tanpa kekecohan.

Najib Razak

Rujukan:
UPDATE 1-Malaysia seeks payment relief by challenging 1MDB-IPIC settlement
https://in.reuters.com/article/malaysia-politics-1mdb-ipic/update-1-malaysia-seeks-payment-relief-by-challenging-1mdb-ipic-settlement-idINL3N1XA39T?fbclid=IwAR0Qpl1-rDoM5Xc4RQgnmmxznGS71YJlPcKAyCrMwzeTvj1gYKWPNPCArO8

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.