HomeBERITA12 Lagi Kluster Baharu Covid-19 Dikesan

12 Lagi Kluster Baharu Covid-19 Dikesan - huluselangor.com

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 12 lagi kluster baharu Covid-19 di Johor, Selangor, Sabah, Labuan, Melaka, Pahang dan Putrajaya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster terbabit adalah Jalan Indah Gemilang, Johor; Jalan Perwira, Johor; Selasih Perindu, Johor; Jalan Sungai Chandong, Selangor; Jalan Kinabenua, Wilayah Persekutuan Labuan dan Ladang Desa Jerocco Sabah.

Jangan Risau… Klik Sini

Menurutnya, kluster baharu lain adalah Kampung Paya Siput, Pahang; Serkam Tengah, Melaka; Tanjung Lumpur, Pahang; Putra, Tujuh Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Selangor serta Jalan Skudai, Johor.

“Ia membabitkan tujuh kluster berkaitan tempat kerja, dua kluster komuniti, dua kluster yang membabitkan kumpulan berisiko dan satu kluster tahanan. 

“KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – myMetro Online

HomeBERITA12 Lagi Kluster Baharu Covid-19 Dikesan

Berkaitan

POPULAR