Selepas Lagu ABCD GST, Kini Komik Pula Sebar Di Sekolah? – Zahida Zarik Khan

Kalau dulu lagu ABCD GST dinyanyikan di sekolah..
Hari ni disebar pula komik Propaganda DAP..
Lepas ni apa lagi?

Kalau sebelum PRU 14 dulu DAP cukup rancak berkempen untuk hasut minda kanak-kanak supaya benci pada kerajaan.

Ingat lagi tak nyanyian hebat Lim Guan Eng lagu ABCS GST dulu? https://www.facebook.com/najibrazak/videos/392380745000431/

Sekarang dah jadi kerajaan tapi masih terus menerus menyebar propaganda yang mengagung-agungkan DAP di sekolah rendah dan menengah.

Komik ini juga memberi bayangan bahawa kerajaan Malaysia hipokrit dalam layanan kepada komunis dan memburuk-burukkan kerajaan lama.

Apa agenda tersirat DAP dalam perkara ini?
Adakah ini dasar pendidikan Kerajaan Pakatan Harapan?

Tindakan mengheret minda kanak-kanak dan pelajar sekolah adalah satu tindakan yang amat biaDAP!

Mohon PDRM siasat dan ambil tindakan segera. Ini serius.

Jangan biarkan minda anak-anak kita dihasut dan diberi ‘doktrin’ unsur-unsur yang tidak sihat.

#KerajaanSepenggal
#VoiceOfPuteri

Facebook Zahida Zarik Khan